Khamis, 26 Julai 2012

Bersedekah - Pahala Berganda di Universiti Tarbiah Ramadhan

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah swt yang memberi kesempatan kepada kita untuk hadir sekali lagi pada tahun 1433 Hijrah ini bagi mendaftar diri di Universiti Tarbiah Ramadhan al-Mubarak. Ramai ummat yang menanti-nantikan kehadiran Universiti Ramadhan bagi mendaftar di dalamnya.
Apakah Universiti Tarbiah Ramadhan? Universiti Tarbiah Ramadhan ialah satu institusi tarbiah yang menawarkan kursus Taqwa yang difardhukan oleh Allah swt kepada umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah.Kefardhuan puasa Ramadhan bermula dengan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah..

Dalil Wajib Puasa - "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa"

Selain dari kursus major, iaitu ijazah Taqwa yang dianugerahkan sendiri oleh Allah swt. Selain itu, pakej Universiti Tarbiah Ramadhan juga menyediakan kursus minor yang melibatkan ibadah sedekah, iktikaf, bacaan al-quran, zikir, qiamullail dan sebagainya yang disediakan oleh Allah swt.

Kelebihan sedekah adalah satu kelebihan besar yang disediakan dalam Universiti Ramadhan. Sedekah dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah swt dan dalam Ramadhan ganjaran pahala ini lebih-lebih lagi digandakan oleh Allah swt. Bertepatan dengan surah al-Munafiqun (ayat 10).

..dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”..
Tangan Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Menerima
Jadilah ummat yang di dunia mendapat limpahan pahala sedekah, di alam kubur mendapat limpahan nikmat pahala sedekah, di mahsyar mendapat limpahan nikmat pahala sedekah dan melepasi titian Sira Tal Mustaqim dengan limpahan nikmat pahala sedekah..