Isnin, 13 Ogos 2012

ISU LADANG RAKYAT : KEBAIKAN UNTUK RAKYAT ATAU WAKIL RAKYAT

Apakah yang dimaksudkan dengan Ladang Rakyat ?
Ladang Rakyat adalah satu projek yang diusahakan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan di bawah Perbadanan Pembangunan  Ladang Rakyat yang ditubuhkan pada 26 Januari 2006. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat adalah diurus tadbir oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sektor perladangan. Siapakah yang layak menjadi peserta Ladang Rakyat ? Peserta Ladang Rakyat mestilah terdiri daripada rakyat Kelantan yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM530.00 sebulan. Mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar. Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang tidak menerima lain-lain bantuan samada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
Bagaimanakah proses pemilihan calon peserta ?
Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu lantikan Kerajaan Negeri dan dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) / Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) bagi Kawasan yang dimenangi BN. Bolehkan peserta ini digugurkan selepas menyertai program ?
Peserta boleh digugurkan dengan dua (2) sebab, iaitu telah terkeluar dari garis kemiskinan dan akan diganti dengan peserta lain dan akan digugurkan sekiranya peserta gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga (3) kali.
Bagaimanakah proses pemilihan calon peserta ?
Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu lantikan Kerajaan Negeri dan dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) / Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) bagi Kawasan yang dimenangi BN Bolehkan peserta ini digugurkan selepas menyertai program ? Peserta boleh digugurkan dengan dua (2) sebab, iaitu telah terkeluar dari garis kemiskinan dan akan diganti dengan peserta lain dan akan digugurkan sekiranya peserta gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga (3) kali.
Apakah peserta Ladang Rakyat menikmati faedah daripada program ini ? Setakat Julai 2006, jumlah peserta Ladang Rakyat adalah seramai 4,332 orang. Walaupun peserta diberikan dividen berjumlah RM200 sebulan, mereka tidak melepasi tahap miskin tegar kerana jumlah besar terakhir masih di paras RM730. Ini bermakna bahawa program Ladang Rakyat tidak dapat melonjakkan pendapatan peserta sekalu gus gagal dalam mencapai matlamat penubuhannya.
Adakah benar peserta tidak terlibat secara langsung dalam mengusahakan tanah tersebut ? Benar. Tanah-tanah kerajaan yang diambil untuk tujuan Ladang Rakyat adalah diusahakan oleh syarikat-syarikat persendirian, bukan sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA di mana peserta mengusahakan tanah mereka sendiri dengan bantuan kerajaan.
Adakah pengurusan tanah Ladang Rakyat diperiksa oleh Audit Negara?
Ya. Audit Negara pada tahun 2008 pernah mempersoalkan mengapa Kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan dari aspek royalti dan premium tanah sahaja, manakala pihak syarikat mengaut keuntungan yang besar daripada program ini. Ini jelas menunjukkan bahawa program ini menyimpang daripada matlamat asal.
Adakah benar dakwaan yang menyatakan Ladang Rakyat ini digunakan untuk kepentingan parti?
Adalah jelas sebanyak 39 syarikat di bawah telah mendapat konsesi balak di Hulu Kelantan seluas 47,927 hektar seperti berikut yang bernilai dalam lingkungan RM 923 juta.
Syarikat yang terlibat ialah :
1.         Alan-Asra Agrotures Sdn Bhd (607 Hektar)
2.         Alifya Forestry Sdn Bhd (404.6 Hektar)
3.         Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd (404.6 Hektar)
4.         Binaan Budi Sawmill Sdn Bhd (404.6 Hektar)
5.         Bahtera Resources Sdn Bhd (607 Hektar)
6.         Bukti Liang Sdn Bhd (607 Hektar)
7.         Cosmos Option Sdn Bhd (404 Hektar)
8.         Desa Industry Sdn Bhd ((404.6 Hektar)
9.         Embun Ria Sdn Bhd (607 Hektar)
10.      Euromawar Sdn Bhd (600 Hektar)
11.      Excel Sdn Bhd (404 Hektar)
12.      Focal Technology Sdn Bhd (500 Hektar)
13.      GEntie Country Sdn Bhd (607 Hektar)
14.      ICM Food Aris Beverage (400 Hektar) 
15.      Masco Engeeneering and Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
16.      Indah Ehsan Holdings Sdn Bhd (607 Hektar)
17.      Inxion Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
18.      Jejaka Makmur Sdn Bhd (328 Hektar)
19.      Kesan Progresif Sdn Bhd (607 Hektar)
20.      Keysem Sdn Bhd (404.6 Hektar)
21.      Khazanah Muara Sdn Bhd (607 Hektar)
22.      Malaysia-Beijing Holding Sdn Bhd (40.6 Hektar)
23.      Narsco Holding Sdn Bhd (607 Hektar)
24.      Nostalgia Makmutr Sdn Bhd (607 Hektar)
25.      Orkid Bina Sdn Bhd (404.6)
26.      PKINK (809.3 Hektar)
27.      Pusat Pembangunan PONDOK Berhad ((445.15 Hektar)
28.      Rohbtar Sdn Bhd (607 Hektar)
29.      Sindiyah Sdn Bhd (607 Hektar)
30.      SKKPJ (Tanah Merah) Development Sdn Bhd (607 Hektar)
31.      Success Target Sdn Bhd (202 Hektar)
32.      Sumber Wira Sdn Bhd (202 Hektar)
33.      Telda Corporation Sdn Bhd (486 Hektar)
34.      Timber Master Smallholder Sdn Bhd (404.7 Hektar)
35.      V.O.G.U.E Wood Sdn Bhd (404.7 Hektar)
36.      Vitrex Timber Industri Sdn Bhd (404.7 Hektar)
37.      Yakin Kota Bharu (8,093 Hektar)
38.      Yayasan Islam Kelantan (YIK) (6,130 Hektar)
39.      Yunaland Dev Sdn Bhd (600 Hektar)
Berapakah jumlah keluasan tanah Kerajaan yang diambil bagi tujuan Ladang Rakyat ?
Jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar tanah yang melibatkan kawasan seperti berikut :
1)        Ladang Rakyat Lubok Bongor, Jeli (8,043 ekar)
2)        Ladang Kuala Balah, Jeli (3,859 ekar)      
3)        Ladang Rakyat Kandek, Kuala Krai (5,591 ekar)
4)        Ladang Rakyat Renok, Gua Musang (7,252 ekar)
5)        Ladang Rakyat Pos Pasek, Gua Musang (10,704 ekar)
6)        Ladang Rakyat Limau Kasturi, Gua Musang (3,271 ekar)
7)        Ladang Rakyat Pos Pulat, Gua Musang (3,818 ekar)
8)        Ladang Rakyat Pos Dakoh, Gua Musang (852 ekar)
9)        Ladang Rakyat Pos Belatim, Gua Musang (1,410 ekar)
10)     Ladang Rakyat Tuel, Gua Musang (4,978 ekar)
11)     Ladang Rakyat Pos Dakoh / Pos Belatim, Gua Musang (7,000 ekar)
12)     Ladang Rakyat Pos Humid, Gua Musang (1,087 ekar)
13)     Ladang Rakyat Pos Relai, Gua Musang (954 ekar)
14)     Ladang Rakyat Sokor, Tanah Merah (1,965 ekar)

Apakah kelebihan FELDA berbanding Ladang Rakyat ?
Bil
LADANG RAKYAT
FELDA
1
Diusahakan oleh Syarikat
Diusahakan oleh Rakyat
2
Tanah tidak dimiliki oleh peserta dan menjadi milik syarikat selama 99 tahun
Tanah dimiliki peserta dan diwarisi oleh generasi seterusnya
3
Hasil diperolehi RM200 sebulan
Hasil mampu menjana peningkatan sosio ekonomi peserta hampir mencecah RM5,000 sebulan
4
Tidak mendapat lain-lain kemudahan kerana tidak berada di tanah rancangan
Mendapat pelbagai kemudahan di Tanah Rancangan Felda
Apakah benar program Ladang Rakyat menimbulkan kegelisahan di kalangan peserta-peserta ?
YA. Pelbagai rungutan dikemukakan oleh rakyat Kelantan antaranya adalah seperti berikut :-
Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan merampas tanah rakyat. Rakyat di Kampung Serian sanggup keluar beramai-ramai untuk memeprtahankan tanah mereka. Ini didakwa berlaku di Kampung Biak dan Kampung Mahligai. Tiada sebarang pampas an diberikan, janji untuk membayar pampas an tidak ditunaikan dengan alasan  iaitu selagi tidak mendapat geran selagi itulah tanah tersebut tidak menjadi hak milik mereka. Pemilihan peserta Ladang Rakyat dibuat semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka yang melakukan kerja-kerja parti serta menghadiri ceramah parti.
Program Ladang Rakyat ini juga tidak memberikan pemilikan tanah kepada peserta.
Masyarakat orang Asli menghadapi nasib yang sama kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan. Hanya sebahagian kecil Ladang Rakyat telah mengeluarkan hasil dan selebihnya masih diusahakan. Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan perbadanan ini telah mendapat keuntungan besar daripada hasil pembalakan.

Rabu, 8 Ogos 2012

Isu Royalti Petroleum : Berapa PAS dapat ?

PAS jangan beranganlah, jangan haraplah akan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang aktif wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan..janganlah memperbodohkan rakyat lagi!!

Pelantar Carigali Petronas

Sejak dua tiga tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS agak aktif memanipulasi isu royalti minyak untuk kepentingan politik kepartian dengan mengelirukan dan menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan umum.

Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Bagaimanapun disebabkan PAS amat faham sebahagian besar rakyat biasanya tidak pernah ambil kira isi kandungan Akta Kemajuan Petroleum & Perjanjian 1975, maka mereka merasakan terdapat peluang besar untuk mengelirukan pemahaman rakyat bawahan untuk kepentingan politik PAS.
Medan Telaga Minyak di Pesisir Pantai Semenanjung
Pun demikian telahan PAS ternyata silap percaturan kerana cuba merendah-rendahkan pemahaman dan daya fikir majoriti rakyat Kelantan yang semakin ramai celik akal dan terbuka mindanya.

Majoriti rakyat Kelantan tidakpun terkesan dengan isu royalti minyak yang sengaja diputarbelitkan oleh PAS dan ini terbukti benar apabila isu royalti gagal memberi kemenangan selesa untuk PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai pada Julai 2009.

Malah selang setahun kemudian, PRK DUN Galas pula menyaksikan PAS jatuh tersungkur dalam pertarungan tersebut apabila kalah teruk sekalipun isu royalti minyak semakin kuat dilaungkan tika itu bagi membangkitkan semangat kenegerian dan anti BN.

Ramai rakyat Kelantan yang sebenarnya sudah memahami bahawa baik dari segi perundangan mahupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian 1975, kerajaan negeri tiada hak untuk menerima bayaran royalti minyak.

Royalti 5% hanya layak diberikan kepada Kelantan hanya sekiranya wujud telaga minyak atau gas dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Manakala kawasan yang melebihi 3 batu nautika ke atas sudah berada dalam kawalan Kerajaan Pusat. Pun demikian, atas budi bicara Kerajaan Pusat, sejumlah wang ehsan atau bayaran tunai masih boleh dipertimbangkan kepada mana-mana negeri.

Apabila PM membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan isu secara runding cara demi kebaikan negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, maka bersyukurlah kerana masih ada ruang untuk melihat isu ini selesai secara harmoni.

Tapi sekiranya isu royalti ini masih cuba dipropagandakan oleh PAS, percayalah ia hanya akan menjadi tali jerut untuk PAS Kelantan kerana menuntut perkara yang bukan menjadi haknya di masa yang sama menolak pula jalan ehsan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat

Isnin, 6 Ogos 2012

Perlombongan di Kelantan : Lombong Makin Banyak ~ Hasil Makin Sedikit

Maklumat dan data yang dinyatakan ini ialah daripada taklimat oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Ketua Jabatan Persekutuan di Sutra Inn, Kota Bharu pada 5 Ogos 2012.

Aktiviti perlombongan adalah satu aktiviti yang berlaku turun temurun di Kelantan. Mineral seperti emas dan besi adalah antara yang dicarigali oleh rakyat Kelantan terutama di kawasan hulu dan pedalamanan Kelantan. Kelantan oleh Allah swt sebagai sebuah negeri yang dirahmati daripada pemerintah terdahulu sehingga sekarang.Kemusykilan wujud mutakhir ini ialah bagaimana aktiviti perlombongan yang semakin giat aktif di negeri Kelantan. Apakah kesan sosio-ekonomi dan alam sekitar aktiviti tersebut.

Rizab dan Nilai Mineral Negeri Kelantan (Anggaran 2012)
Mengikut anggaran Jabatan Mineral dan Geosains, deposit mineral Kelantan masih banyak terutama Feldspar (yang digunakan sebagai asas seramik), Feldspar banyak didapati di Jajahan Gua Musang, Mineral utama seperti emas, besi dan tembaga tidaklah terlalu banyak dengan nisbah kurang 40%.
Taburan Rizab Emas Kelantan
Rezab Magnese dan Bijih Besi
Bilangan pekerja yang terlibat dalam sektor ini tidaklah terlalu ramai. Januari sehingga April 2012, hanya sekitar 456 orang pekerja sahaja yang terlibat. Hal ini adalah disebabkan kerja-kerja pengeluaran deposit mineral dan sebahagian mineral dieksport ke negara luar, terutama Singapura dan China. Tidak ada kerja pemprosesan yang dilakukan kerana kandungan mineral yang rendah. Sekitar 40% sahaja dan aktiviti sektor kedua melibatkan pemprosesan adalah tidak ekonomik.
Statistik Perlombongan Negeri Kelantan 2012
 ( Jan - April 2012 )
Masalah utama ialah apakah yang diperolehi oleh rakyat Kelantan ? Apa yang diperolehi oleh negeri Kelantan sebagai hasil ? Apakah yang hilang dari Kelantan ? Apakah yang dieksport secara langsung itu tidak boleh dibangunkan industri berkaitan di Kelantan ? Di samping banyak persoalan lain yang melibatkan Kelestarian Alam Sekitar dan Pemusnahan Alam Sekitar. Tulisan ini bukan untuk menuding jari menuduh sesiapa namun untuk sama-sama kita menganalisis data-data yang dibentangkan secara analitikal dan rasional.
STATISTIK INDUSTRI PERLOMBONGAN (2010 - 2011)
1) Isu Kehilangan Bumi Kelantan
Kehilangan bumi Kelantan amat ketara, Islam menentang pemusnahan bumi. Allah swt berfirman dalam surah an-Nabaa: 6-7, Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak? Larangan ini adalah larangan untuk meruntuhkan bukit dan gunung untuk apa sahaja keperluan. Apatah lagi untuk dijual kepada negara luar yang tidak memberikan hasil yang lumayan. Ahli falsafah barat, Mark Twains pernah berkata, “Buy land, they're not making it anymore”. Semua ini menyatakan bahawa tanah amat penting, seharusnya dipertahankan dan bukan untuk dijual begitu sahaja.
Mengapa pula kerajaan Kelantan tergamak menjual tanah? Sanggup merata bukit demi menjual tanah. Kebanyakan negara luar yang membeli tanah adalah untuk kerja-kerja penambakan laut bagi membesar dan meluaskan wilayah negara mereka. Tanah yang dijual adalah untuk dieksport ke negara Singapura dan kononnya kemudian dihantar ke China. Benar atau tidak ? Atau tanah itu digunakan untuk menambak laut. 
Ditanya kepada Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains, berapakah nilai wang selori tanah yang terkandung bijih besi di dalamnya (sekitar 40%) yang dihantar ke Singapura? Menurut beliau, tertakluk kepada harga pasaran. Kata beliau, pada hari ini harganya RM90 selori. Masyaallah, bayangkan tanah selut yang dibeli untuk menambun tapak rumah dibeli dengan harga sekitar RM200 selori, manakala tanah eksport hanya RM90 selori. Isu di sini melibatkan strategi teknikal mengeksport tanah ke Singapura kerana kerajaan Malaysia melarang mengeksport tanah dan pasir untuk kerja tambakan pantai ke Singapura. Keraguan jelas di sini.
Bagaimanapun, isu kehilangan tanah adalah isu yang lebih besar yang tidak tertanding isu lumayan harga atau pendapatan negeri. Lebih menakutkan ialah bala Allah swt akan hadir setelah larangan-larangan Allah swt agar bukit dan gunung tidak digondolkan diperkecil dan abaikan.
2) Isu Pendapatan (Royalti) Kepada Kerajaan Kelantan 
Pada tahun 2010, royalti sebanyak 5% bagi setiap nilai mineral yang dikeluarkan dari bumi Kelantan bernilai RM9.94 juta. Sesuatu angka yang amat kecil berbanding keluasan dan aktiviti perlombongan secara besar-besaran. Bagaimanapun pada tahun 2011, jumlah royalti hanyalah sebanyak RM8.85 juta sahaja. Merosot walaupun keluasan meningkat. Kehilangan pendapatan yang besar adalah daripada aktiviti mineral granit (batu konkrit) dan mangan.
Kita seakan-akan tidak percaya bahawa pengondolan beberapa Bukit Batu Putih di sempadan Gua Musang - Pahang hanya memberi pendapatan royalti sebanyak RM766 ribu sahaja sepanjang tahun 2011 kepada kerajaan Kelantan. Begitu teruk hakisan dan gondolan merosakkan alam sekitar, namun pendapatan terjana tidak seberapa.
Perlombongan Feldspar atau tanah putih di Gua Musang
3) Isu Kelestarian Alam Sekitar
Kesan kemusnahan alam sekitar tidak diambil pertimbangan sewaktu urusan pengeluaran mineral. Air sungai Kelantan yang semakin keruh dan berkelodak adalah kesan alam sekitar. Pengurusan membaikpulih alam sekitar adalah lebih mahal daripada pendapatan tersebut. Bayangkan pendapatan RM766 ribu di Bukit Batu Putih memerlukan lebih RM5 juta untuk melestarikannya. Inilah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan kemudian daripada ini, ataupun lebih mudah disebut anak cucu kita kelak.
4) Isu Kehilangan Sumber Ekonomi
Isu kehilangan sumber ekonomi adalah satu isu yang dibahaskan di kalangan usahawan muda Kelantan. Usahawan-usahawan muda Kelantan melahirkan rasa kecewa kerana semua mineral dibawa keluar dan tidak diproses dan dijadikan produk siap atau separuh siap.
Deposit mineral Feldspar adalah antara mineral yang terbanyak di Selatan Kelantan, khususnya Gua Musang. Sudah sampai masanya sebuah kilang memproses Feldspar diwujudkan di Gua Musang bagi menjana kesan limpahan ekonomi perlombongan Feldspar. Kesan ekonomi melalui pertambahan peluang pekerjaan, kesan ekonomi pembandaran, kesan ekonomi pertumbuhan sub-urban dan jaringan telekomunikasi-ekonomi. Betapa banyaknya peluang pekerjaan boleh dicipta untuk rakyat Kelantan. Sekiranya eksport mineral Feldspar boleh bertahan sehingga 100 tahun lagi dengan jumlah deposit mineral Feldspar sebanyak 6 bilion tan metrik. Bayangkan betapa negara yang mengimport Feldspar Kelantan mampu menjana kekayaan dan kita pula hanya tersengih-sengih dengan untung kecil, namun terpaksa menanggung kemusnahan alam sekitar yang banyak.
5) Isu Kerosakan Jalan Raya dan Prasarana Lain
Setiap malam beratus lori mambawa mineral bijih besi ke kapal-kapal yang menunggu di Tok Bali untuk dieksport. Pengusaha lori cuba memaksimakan muatan bagi mencari untung lebih. Kesannya jalan raya rosak teruk. Hancur jalan-jalan aspal kerana aktiviti tanpa rehat lori-lori bijih besi. Untung daripada royalti besi hanyalah sebanyak RM1.056 juta pada tahun 2011. Sedangkan kos membaikpulih jalan tersebut melebihi RM100 juta. Kes ini juga berlaku di lombong Feldspar di Gua Musang.

Isu Good Governance sekali lagi perlu diberi perhatian. Kerajaan negeri Kelantan dibebani dengan gelagat politikus-politikus rakus yang mencari kekayaan peribadi tanpa mempedulikan memusnahkan alam sekitar.
Refleksi ~ Jika Singapura memerintah Malaysia dan kita memerintah Singapura. Adakah mereka akan menjual tanah mereka kepada kita sebagaimana kita menjual tanah kita kepada mereka ? Berpada-padalah dalam mencari kekayaan dunia. Fikirkanlah larangan Allah swt dan kemusnahan alam sekitar. Rasanya, ini semua kerana PAS sudah terlalu lama memerintah Kelantan..