Ladang Rakyat adalah satu projek yang diusahakan oleh
Kerajaan PAS Negeri Kelantan di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang ditubuhkan pada 26 Januari
2006. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat adalah diurus tadbir oleh Kerajaan
PAS Negeri Kelantan. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan
rakyat Kelantan melalui sektor perladangan. Siapakah yang layak menjadi peserta Ladang Rakyat ? Peserta Ladang Rakyat mestilah terdiri daripada rakyat
Kelantan yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM530.00 sebulan. Mempunyai
bilangan ahli keluarga yang besar. Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang
tidak menerima lain-lain bantuan samada daripada Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri.
Bagaimanakah proses pemilihan calon peserta ?
Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu
lantikan Kerajaan Negeri dan dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) /
Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) bagi Kawasan yang dimenangi BN. Bolehkan peserta ini digugurkan selepas menyertai
program ?
Peserta boleh digugurkan dengan dua (2) sebab, iaitu telah
terkeluar dari garis kemiskinan dan akan diganti dengan peserta lain dan akan
digugurkan sekiranya peserta gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati
diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga (3) kali.
Bagaimanakah proses pemilihan calon peserta ?
Pencalonan rakyat miskin dilakukan oleh Penghulu
lantikan Kerajaan Negeri dan dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) /
Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) bagi Kawasan yang dimenangi BN Bolehkan peserta ini digugurkan selepas menyertai
program ? Peserta boleh digugurkan dengan dua (2) sebab, iaitu telah
terkeluar dari garis kemiskinan dan akan diganti dengan peserta lain dan akan
digugurkan sekiranya peserta gagal menghadiri aktiviti-aktiviti peneguhan jati
diri anjuran Perbadanan Ladang Rakyat sebanyak tiga (3) kali.
Apakah peserta Ladang Rakyat menikmati faedah daripada
program ini ? Setakat Julai 2006, jumlah peserta Ladang Rakyat
adalah seramai 4,332 orang. Walaupun peserta diberikan dividen berjumlah RM200
sebulan, mereka tidak melepasi tahap miskin tegar kerana jumlah besar terakhir
masih di paras RM730. Ini bermakna bahawa program Ladang Rakyat tidak dapat
melonjakkan pendapatan peserta sekalu gus gagal dalam mencapai matlamat
penubuhannya.
Adakah benar peserta tidak terlibat secara langsung
dalam mengusahakan tanah tersebut ? Benar. Tanah-tanah kerajaan yang diambil
untuk tujuan Ladang Rakyat adalah diusahakan oleh syarikat-syarikat
persendirian, bukan sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA di mana peserta
mengusahakan tanah mereka sendiri dengan bantuan kerajaan.
Adakah pengurusan tanah Ladang Rakyat diperiksa oleh
Audit Negara?
Ya. Audit Negara pada tahun 2008 pernah mempersoalkan
mengapa Kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan dari aspek royalti dan
premium tanah sahaja, manakala pihak syarikat mengaut keuntungan yang besar
daripada program ini. Ini jelas menunjukkan bahawa program ini menyimpang
daripada matlamat asal.
Adakah benar dakwaan yang menyatakan Ladang Rakyat ini
digunakan untuk kepentingan parti?
Adalah jelas sebanyak 39 syarikat di bawah telah
mendapat konsesi balak di Hulu Kelantan seluas 47,927 hektar seperti berikut
yang bernilai dalam lingkungan RM 923 juta.
Syarikat yang terlibat ialah :
1.
Alan-Asra Agrotures Sdn Bhd (607 Hektar)
2.
Alifya Forestry Sdn Bhd (404.6 Hektar)
3.
Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd (404.6 Hektar)
4.
Binaan Budi Sawmill Sdn Bhd (404.6 Hektar)
5.
Bahtera Resources Sdn Bhd (607 Hektar)
6.
Bukti Liang Sdn Bhd (607 Hektar)
7.
Cosmos Option Sdn Bhd (404 Hektar)
8.
Desa Industry Sdn Bhd ((404.6 Hektar)
9.
Embun Ria Sdn Bhd (607 Hektar)
10.
Euromawar Sdn Bhd (600 Hektar)
11.
Excel Sdn Bhd (404 Hektar)
12.
Focal Technology Sdn Bhd (500 Hektar)
13.
GEntie Country Sdn Bhd (607 Hektar)
14.
ICM Food Aris Beverage (400 Hektar)
15.
Masco Engeeneering and Construction Sdn Bhd (607
Hektar)
16.
Indah Ehsan Holdings Sdn Bhd (607 Hektar)
17.
Inxion Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
18.
Jejaka Makmur Sdn Bhd (328 Hektar)
19.
Kesan Progresif Sdn Bhd (607 Hektar)
20.
Keysem Sdn Bhd (404.6 Hektar)
21.
Khazanah Muara Sdn Bhd (607 Hektar)
22.
Malaysia-Beijing Holding Sdn Bhd (40.6 Hektar)
23.
Narsco Holding Sdn Bhd (607 Hektar)
24.
Nostalgia Makmutr Sdn Bhd (607 Hektar)
25.
Orkid Bina Sdn Bhd (404.6)
26.
PKINK (809.3 Hektar)
27.
Pusat Pembangunan PONDOK Berhad ((445.15 Hektar)
28.
Rohbtar Sdn Bhd (607 Hektar)
29.
Sindiyah Sdn Bhd (607 Hektar)
30.
SKKPJ (Tanah Merah) Development Sdn Bhd (607 Hektar)
31.
Success Target Sdn Bhd (202 Hektar)
32.
Sumber Wira Sdn Bhd (202 Hektar)
33.
Telda Corporation Sdn Bhd (486 Hektar)
34.
Timber Master Smallholder Sdn Bhd (404.7 Hektar)
35.
V.O.G.U.E Wood Sdn Bhd (404.7 Hektar)
36.
Vitrex Timber Industri Sdn Bhd (404.7 Hektar)
37.
Yakin Kota Bharu (8,093 Hektar)
38.
Yayasan Islam Kelantan (YIK) (6,130 Hektar)
39.
Yunaland Dev Sdn Bhd (600 Hektar)
Berapakah jumlah keluasan tanah Kerajaan yang diambil
bagi tujuan Ladang Rakyat ?
Jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar tanah yang
melibatkan kawasan seperti berikut :
1)
Ladang Rakyat Lubok Bongor, Jeli (8,043 ekar)
2)
Ladang Kuala Balah, Jeli (3,859 ekar)
3)
Ladang Rakyat Kandek, Kuala Krai (5,591 ekar)
4)
Ladang Rakyat Renok, Gua Musang (7,252 ekar)
5)
Ladang Rakyat Pos Pasek, Gua Musang (10,704 ekar)
6)
Ladang Rakyat Limau Kasturi, Gua Musang (3,271 ekar)
7)
Ladang Rakyat Pos Pulat, Gua Musang (3,818 ekar)
8)
Ladang Rakyat Pos Dakoh, Gua Musang (852 ekar)
9)
Ladang Rakyat Pos Belatim, Gua Musang (1,410 ekar)
10) Ladang Rakyat Tuel,
Gua Musang (4,978 ekar)
11) Ladang Rakyat Pos
Dakoh / Pos Belatim, Gua Musang (7,000 ekar)
12) Ladang Rakyat Pos
Humid, Gua Musang (1,087 ekar)
13) Ladang Rakyat Pos
Relai, Gua Musang (954 ekar)
14) Ladang Rakyat Sokor,
Tanah Merah (1,965 ekar)
Apakah kelebihan FELDA berbanding Ladang Rakyat ?
Bil
|
LADANG
RAKYAT
|
FELDA
|
1
|
Diusahakan oleh Syarikat
|
Diusahakan oleh Rakyat
|
2
|
Tanah tidak dimiliki oleh peserta dan menjadi milik
syarikat selama 99 tahun
|
Tanah dimiliki peserta dan diwarisi oleh generasi
seterusnya
|
3
|
Hasil diperolehi RM200 sebulan
|
Hasil mampu menjana peningkatan sosio ekonomi
peserta hampir mencecah RM5,000 sebulan
|
4
|
Tidak mendapat lain-lain kemudahan kerana tidak
berada di tanah rancangan
|
Mendapat pelbagai kemudahan di Tanah Rancangan Felda
|
Apakah benar program Ladang Rakyat menimbulkan
kegelisahan di kalangan peserta-peserta ?
YA. Pelbagai rungutan dikemukakan oleh rakyat Kelantan
antaranya adalah seperti berikut :-
Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan merampas tanah
rakyat. Rakyat di Kampung Serian sanggup keluar beramai-ramai
untuk memeprtahankan tanah mereka. Ini didakwa berlaku di Kampung Biak dan
Kampung Mahligai. Tiada sebarang pampas an diberikan, janji untuk
membayar pampas an tidak ditunaikan dengan alasan iaitu selagi tidak mendapat geran selagi
itulah tanah tersebut tidak menjadi hak milik mereka. Pemilihan peserta Ladang Rakyat dibuat semata-mata
untuk kepentingan politik dan mereka yang melakukan kerja-kerja parti serta
menghadiri ceramah parti.
Program Ladang Rakyat ini juga tidak memberikan
pemilikan tanah kepada peserta.
Masyarakat orang Asli menghadapi nasib yang sama
kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan. Hanya sebahagian kecil Ladang Rakyat telah
mengeluarkan hasil dan selebihnya masih diusahakan. Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan perbadanan
ini telah mendapat keuntungan besar daripada hasil pembalakan.