Sya'aban dengan malam NISFU-nya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADAR-nya.
Kelebihan Bulan Rejab
Israq Mikraj dari Baitillah ke Baitul Maqdis dan ke Baitul Izzah dan Mustawa
Allah swt memfardukan Solat
Rasulullah saw berjumpa Allah swt
Peristiwa Israk & Mikraj
Peristiwa ini
adalah mukjizat besar Rasulullah s.a.w. dan ia wajib dipercayai kerana
ia bersumber dari ayat Al-Quran dan Hadith Sahih.
Israk
bererti perjalanan di muka bumi pada waktu malam Nabi Muhammad saw dengan
ruh & jasad dalam jaga (bukan mimpi) dari Masjid al-Haram di Mekah
ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis, Palestin. Mikraj pula merujuk
kepada perjalanan Nabi Muhammad saw ke langit dari Masjid al-Aqsa
naik ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh dekat kursi Allah swt.
Mafhum Firman Allah swt:
"Maha
Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).
"Dan
demi sesungguhnya nabi muhammad telah melihat malaikat jibril dalam
bentuk rupanya yang asal sekali lagi. Disisi "Sidratul Muntaha".Yang
disisinya terletak syurga "Jannnatul Makwa". Nabi Muhammad melihat
jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah semasa
"Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam ngaib
yang tidak terhingga. Penglihatan nabi muhammad tidak berkisar daripada
menyaksikan dengan tepat akan pemandangan yang indah disitu yang
diizinkan melihatnya, dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya,
ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda yang membuktikan
luasnya pemerintahan dan kekuasaan Tuhannya"
(An-Najm Ayat 13-18)
Daripada
satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,
kira-kira 18 bulan sebelum hijrah iaitu tahun kesebelas kerasulan (Nabi
Muhmammad saw dilantik menjadi Rasul). Tahun tersebut disifatkan oleh
ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita). Ini berikutan dengan
musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu
• Kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang pertama.
• Kemudian
disusuli pula dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang
banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraiys.
• Begitu juga dengan penolakan dakwah Islam dari penduduk Thaif.
A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ
Pada
malam tersebut, Rasulullah saw berada di rumah sepupunya Ummu Hani
bt Abu Talib, lalu datang Jibril mengejutkan baginda. Lalu baginda
dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.
Rasulullah saw mengalami pembedahan di dada, ia dilakukan oleh malaikat
Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda saw dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada
Rasulullah saw. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
"khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq
meneruskan perjalanan luar biasa itu.
B. SEMASA ISRAK (PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE MASJIDIL-AQSA):
Sepanjang
perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh
malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah saw akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa as dilahirkan).
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin
ifrit dengan obor api. (Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa
syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan
umat manusia dengan pelbagai cara.)
Semasa dalam perjalanan Rasulullah saw ke Masjid AL-Aqsa, baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi iaitu:
1.Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah saw dibertahu
oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
2.Tempat yang berbau harum.
Rasulullah saw diberitahu oleh Jibril : Itulah bau kubur Masyithoh
(tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang
dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu
mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3.Sekumpulan
orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan
berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang
berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4.Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5.Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri / suami.
6.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba`.
7.Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8.Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9.Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap
besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang
yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat
hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama para nabi & rasul lainnya
menjadi makmum.
Selepas solat, Rasulullah S. A.
W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda
membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat
baginda akan menjadi sesat.
C. SEMASA MIKRAJ (NAIK MENEMUI ALLAH):
Didatangkan
Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibril
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
1.Langit Pertama: Rasulullah saw dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as.
2.Langit
Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu
masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa as dan Nabi Yahya as.
3.Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi Musa as. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan
salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada
keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada
saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan
hubungan.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit
ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah di Baitul-Ma'mur. Rasulullah lalu dapat melihat 70,000
malaikat yang masuk setiap hari ke dalamnya. Setelah melihat beberapa
peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
8. Di Sidratul-Muntaha,
Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu (akar
pokok ini di langit ke-6, pucuknya dilangit ke-7): Sungai air yang tak
berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah,
daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua
keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W.
dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
9.Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penjaganya.
10.
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.
A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Shoriful-Aqlam seorang
diri tanpa ditemani Jibril.
11. Apabila
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus lalu dapat menyaksikan
Allah S. W. T., lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah
s.w.t. dan Rasulullah S. A. W., sehingga dikeluarkan perintah solat 50
kali sehari-semalam.
12. Selesai munajat,
Rasulullah S. A. W. turun lalu bertemu Nabi Musa A. S. (di langit ke-6)
yang kemudiannya meminta Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu),
akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Walaupun
begitu, Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih
tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad
S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi
untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa
malu untuk berdepan dengan Allah Taala.
13. Selepas itu Rasulullah S. A. W. melihat rupa asal Jibril a.s. yang sangat besar dengan 600 sayap yang meliputi ufuk.
D. SELEPAS MIKRAJ
Rasulullah
S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang
sama.
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w.
memberitahu kaum Quraiys pengalaman tersebut. Lalu didustakan mereka
kerana kebiasaannya perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis mengambil
masa 1 bulan pergi dan 1 bulan pulang. Lalu murtadlah sebahagian umat
Islam. Berbeza dengan Saidina Abu Bakar r.a. selepas mendengar
penjelasan dari Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa malam tersebut,
beliau berkata
“صدقت ، أشهد أنك رسول الله”
(Engkau benar!, Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah).
Sejak
peristiwa ini, beliau digelar As-Siddiq yang Benar kerana kerana beliau
terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah
s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan