Di sebalik kehebatan seorang manusia, pasti ada manusia-manusia hebat di belakangnya. Mari kita kongsi kisah kehebatan Sultan Muhammad al-Fatih atau Sultan Muhammad II iaitu sultan ke-7 dalam Kesultanan Uthmaniyah.
Sultan Muhammad al-Fatih (الفاتح) dikenali dengan kata terbitan “al-fath
/ fathihah” bererti surah pembukaan
atau “Pembuka yang besar” (1432-1481).
Gelaran al-Fatih diberikan kepada baginda kerana baginda dan tenteranya
membuka kota Konstantinopel.
Pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih |
Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah
diisyaratkan oleh sebuah hadis Rasulullah S.A.W; Konstantinopel akan ditakluki oleh
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Hal ini disokong oleh kenyataan seorang
sahabat
Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari (ra) yang pernah mengikuti ekspedisi
perang menentang tentera Rom
di Konstantinopel ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah.
Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinopel dan ketika ditanya
mengapa beliau ingin dikuburkan di bawah tembok tersebut, beliau berkata;
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh
akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan
tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin
sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Sultan Muhammad al-Fathih |
Muhammad al-Fatih adalah sultan ke-7 yang memerintah Kesultanan Uthmaniyah menaiki takhta pada usia 19 tahun (1451-1481). Baginda menakluk Konstantinopel pada umur 21
tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar
Byzantine. Muhammad dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu
kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad
II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Murad II berhasrat membebaskan Konstantinopel telah memanggil cendikiawan Islam termasuk Syeikh Syamsuddin. Syeikh Syamsuddin menyatakan bahawa bukan Murad II tapi bayi dalam buaian ini dengan merujuk Muhammad yang masih kecil. Muhammad dididik secara bersungguh-sungguh oleh bapanya Sultan Murad II. Untuk membangun ketinggian peribadinya.
Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara talaqi oleh para ulamak
terulung pada zamannya. Asy-Syeikh Muhammad Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Muhammad (al-Fatih). Ketika itu, Muhammad adalah gabenor bagi kawasan
Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk
mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan
kuasa kepadanya untuk memukul Muhammad jika beliau membantah tunjuk
ajar gurunya. Apabila beliau menemui Muhammad dan menjelaskan
tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Muhammad ketawa
lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali.
Peristiwa ini telah menimbulkan dendam yang mendalam pada diri Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa
yang singkat. Beliau berazam untuk membalas ke atas al-Kurani apabila menjadi raja kelak. Apabila Muhammad menaiki takhta, Al-Kurani datang menemui Muhammad dan menyatakan bahawa dendam mereka yang rasa dizalimi adalah suatu kuasa dalaman yang kuat, Beliau memohon maaf kerananya dan minta supaya diadili atas kesalahannya. Muhammad memaafkannya.
Tarbiah
yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang
besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak
pemerintahan dan adat resam Kesultanan Uthmaniyah itu sendiri. Sekiranya
Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga
dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium
tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu. Dengan tarbiah yang teliti dan
penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi unggul Muhammad Al-Fatih menempa nama di persada
sejarah..
Muhammad al-Fatih dikelilingi Ulama |
Kejayaan Muhammad al-Fatih juga didorong oleh seorang Murabbi yang membangunkan potensi diri beliau iaitu Syeikh Syamsuddin yang merupakan nasab keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Semenjak kecil, Syeikh Syamsuddin berjaya meyakinkan Muhammad
bahawa beliau adalah Raja yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam
hadith pembukaan Konstantinopel berkenaan. Apabila beliau menaiki
takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Syamsuddin bagi
menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Konstantinopel demi
merealisasikan hadis Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha
hebat itu berlangsung selama 54 hari.
Sultan
Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Syamsuddin. Beliau
mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan
ini sangat jelas dinyatakan oleh baginda ketika pembukaan Konstantinopel, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini
bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi
ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah
pendidikku, Asy-Syeikh Syamsuddin.
Syeikh Syamsuddin mendidik al-Fatih dengan kepakaran ketenteraan, sains, matematik
dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek,
Hebrew,
Arab,
Parsi
dan Latin)
pada ketika berumur 21 tahun. Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan
ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik &
strategi peperangannya yang dikatakan mendahului zamannya dan juga kaedah
pemilihan tenteranya. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang
mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya.
Ketinggian Akhlak Penentu Kegemilangan |
Beliau diberi penekanan dari awal iaitu kepentingan kekuatan dalaman dan luaran. Kekuatan dalamannya ialah beliau tidak pernah meninggalkan solat Tahajud sejak akil baligh hingga saat kemangkatannya. Hal ini diketahui umum sewaktu pemilihan Imam Solat Jumaat pertama setelah pembukaan Kota Konstantinopel. Beliau memanggil semua tenteranya untuk membuat pemilihan Imam Solat Jumaat. Beliau mengarahkan semua tenteranya berdiri untuk memilih Imam Solat Jumaat pertama. Beliau bertanya, sesiapa yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak akil baligh sila duduk. Tiada tenteranya yang duduk. Sesiapa yang pernah meninggalkan solat berjemaah sejak akil baligh sila duduk. Tiada tenteranya yang duduk. Sesiapa yag pernah meninggalkan solat Rawatib sejak akil baligh sila duduk. Ada sebilangan tenteranya duduk. Sesiapa yang pernah meninggalkan solat Tahajud sejak akil baligh sila duduk. Maka pada masa itulah semua tenteranya duduk kecuali Sultan Muhammad al-Fatih. Maka baginda dipilih untuk menjadi Imam Solat Jumaat Pertama di Kota Islambol.
Kaedah pemilihan dan latihan tenteranya juga cukup hebat. Sewaktu perjalanan bersama 250,000 bala tenteranya ke Kota Rumeli (kota yang dibina sebagai pengkalan untuk melancarkan serangan ke atas Konstantinopel), mereka melalui kebun anggur dan semua tenteranya telah dinasihatkan agar tidak mengusik, merampas dan mencuri harta benda sesiapa sahaja dalam perjalanan walaupun sebiji anggur. Setelah berhenti berehat dan mendirikan khemah, Keluar panglima tentera menyatakan sultan demam panas dan memerlukan biji-biji anggur untuk dibuat ubat. Tiada tenteranya yang ada simpanan walaupun sebiji anggur. Kemudiannya Muhammad al-Fatih keluar dan menyatakan bahawa beliau sihat. Beliau hanya mahu menguji tenteranya kerana jika seorang sahaja tenteranya mencuri anngur dan pekebun anggur yang dizalimi berdoa kepada Allah swt maka tentera Islam pasti akan tewas kerana laknat Allah swt, Itulah ketinggian keperibadian Muhammad al-Fatih,
Masjid Muhammad al-Fatih |
Kehebatan Muhammad al-Fatih digambarkan dengan penuh keajaiban oleh sejarawan barat. “Tidaklah
kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad
al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di
puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad
al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”
Rumeri Hasari |
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat
persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Konstantinopel. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira
250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan
dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan
diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian
Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Konstantinopel itu nanti.
Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli
Hisari) yang bermaksud
benteng orang-orang Rom di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit
antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan
Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar
dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya,
mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri
terpaksa ikut serta. Maharaja Byzantine
telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada
membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha
untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah mendapatkan
khidmat pakar membina meriam bernama Urban. Urban ialah rakyat Konstantinopel yang dipenjara oleh kerajaan Byzantine kerana enggan membina meriam bagi kerajaan Byzantine. Wakil dihantar ke penjara untuk berbincang dengan Urban. Setelah Urban setuju, Muhammad menghantar pakar yang menebuk dinding penjara dari bawah untuk membebaskan Urban.
Meriam Diraja Muhammad al-Fatih |
Beberapa meriam telah dibina
termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam
ini adalah yang terbesar pada zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan
memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga
menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini
merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan
kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar
jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata
yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan
Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati
Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuah
cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui
kegagalan.
Keazaman yang begitu kuat pada diri Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha
mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Namun gagal.
Serangan
Konstantinopel mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari
tiga penjuru iaitu Selat Bhosporos, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung
Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi
raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama
Kota Konstantinopel.
Selepas melalui proses persiapan yang
teliti, akhirnya Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Konstantinopel pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April
1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau 250,000, Al-Fatih telah
menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad,
kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith
Nabi SAW tentang pembukaan kota Konstantinopel. Ini semua memberikan
kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka
menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran
para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi
keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.
Keesokan harinya, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga
kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota
yang mengelilingi Konstantinopel. Di belakang kumpulan utama itu adalah
tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan.
Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga
diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit
di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Uthmaniyah juga
diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Konstantinopel. Akan
tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung
Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu
masuk.
Semenjak hari pertama serangan, tentera
Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyah daripada
merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik
tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula
dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah
menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Konstantinopel
sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
Tentera Laut Uthmaniyah telah mencuba
beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas.
Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine
dan Eropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak
berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Konstantinopel. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan
penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan
Maryam supaya menyelamatkan Konstantinopel. Maharaja Byzantine juga
berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.
Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Kostantine
Maharaja Kostantine mencuba sedaya
upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran
dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi
Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata
putus supaya Kostantinople diserahkan kepada Kesultanan Uthmaniyah secara
aman. Al-Fatih berjanji, jika Konstantinopel diserahkan secara aman,
tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta
benda penduduk Konstantinopel yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan
risalahnya itu, “… serahkan empayar kamu, kota Konstantinopel. Aku
bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa,
harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan
amat sejahtera di Konstantinopel, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa
yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga
dipersilakan”.
Walaupun begitu, kepungan tentera
Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang
melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid
tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M,
pasukan penyerang Uthmaniyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di
Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine
telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan
itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang
amat dahsyat.
Pada hari yang sama, beberapa buah kapal
laut Uthmaniyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan
tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya
menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah
musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing
untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku
sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad
Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah
menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya,
“.. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan
sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami
sedangkan kamu semua hidup!”.
Muhammad al-Fatih melaungkan kata semangat |
Kegagalan serangan tersebut telah
memberikan kesan yang besar kepada tentera Uthmaniyah. Khalil Pasha
yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya
membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk
Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya.
Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya
beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Uthmaniyah berjaya
membolos Tanjung Emas.
Keajaiban Tentera Othmaniyyah
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui
satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung
Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera
sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan
menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke
perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya
menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang
begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu. Sesungguhnya kejadian ini
sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.
Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople
dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung
Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh
berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera
Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan.
Yilmaz Oztuna di dalam
bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah
Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal
ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.
Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi
Alexander The Great!”
Kostantinopel telah bermesyuarat dengan para
pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka
gagal mencapai kata sepakat. Kostantine menolak cadangan supaya beliau
sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah
bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Kostantinopel
hingga ke titisan darah yang terakhir.
Dengan kedudukan tentera Uthmaniyah yang
sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan
serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam
yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan
tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan
pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden
memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam
tanpa henti.
Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu
Akbar, Allahu
Akbar” yang mengisi ruang angkasa telah memberikan
semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan
mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman
demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama,
Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang
yang baru sehingga mengawatkan pertahanan tentera salib itu.
Ketika ribut yang ada belum reda,
penduduk Kostantinopel menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek
terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga
mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila
masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan
pembinaan terowong itu.
Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa
kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Kostantinopel yang
dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha
agar Kostantinopel menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah.
Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Kostantine supaya
menyerahkan Kostantinopel secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai
kepadanya, Kostantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang
mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan
pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Kostantine akhirnya bersetuju
dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, "syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia
menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Kostantine bersumpah untuk terus
bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta, atau mati sahaja dan
dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima,
Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di
Kostantinopel itu sama ada takhta atau keranda…!”.
Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih
tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan
akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan
Costantinople sebagaimana yang telah disusun.
Hari Kemenangan
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad
Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di
hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan
harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa
barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka
diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para
syuhada’ terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. “…sesungguhnya
apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda
SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub
telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!” Kata-kata ini
telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.
Dalam masa yang sama, penduduk Costantine
melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan
Tuhan akan membantu mereka…
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil
Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin
diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil
menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak
ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan
syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya
menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah
mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang
melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan
pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau
menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Berita kematian Kostantine telah
menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga
sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar
kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan
semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya
berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Konstantinopel
telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta… seisi
langit dan bumi. Beliau bertitah, “.. Alhamdulillah, semoga Allah
merahmati para syuhada, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta
kebanggaan dan syukur buat rakyatku”
Sebaik-baik Ketua Dan Tentera
Pada hari itu, majoriti penduduk Konstantinopel bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad
Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik
kepada penduduk Kostantinopel sambil mengucapkan tahniah kepada
tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”
Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu,
Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar
syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya
Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar
penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah
masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi
telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya
menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai
yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di
kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih
telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya
Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja
bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar
untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih
bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya.
Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Syamsuddin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah
bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali
kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan
Masjid Aya Sofya itu.
Setelah
kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Konstantinopel, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu
Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya
sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fatih
meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih
baik.
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fatih. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel mencium kakinya.
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fatih. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel mencium kakinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan