Isnin, 2 Julai 2012

BERSIH 3.0 ~ Penderhaka Di Sisi Syarak

RASULULLAH SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat. Memandangkan golongan pemerintah atau "ulil amri" begitu penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah SWT dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam Surah Annisa ayat 59.
Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitab-kitab akidah. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa menyatakan: "Maka Allah SWT (melalui ayat ini) memfardukan ke atas kita taat kepada para pemerintah daripada kalangan kita". Ibnu Hajar dalam Fathul Baari menyatakan: "Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya".
 
Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahoh Muslim menyatakan: "Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dan ijmak ulama". Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. 
Benih pertama kumpulan yang digelar Khawarij ini ialah seorang yang dipanggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah SAW membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai "tidak adil". Lalu Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: "Orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)". Dalam sebuah hadis Attabarani, Rasulullah SAW bersabda: "Penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka".
 
Adalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam hadis-hadis di atas dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali r.a adalah terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah menjadikan seseorang itu kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadis-hadis di atas, jika akidah dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad bin Al-Husain Al-Ajurry As-Syafi'i memberi peringatan dalam bukunya Kitab Al-Syriah, para ulama dahulu dan kini sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat, penderhaka kepada Allah dan rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan berpuasa serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan memberi manfaat kepada mereka".

Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad bin Al-Husain di atas bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah SWT dan terputus jalan ke syurga. Imam Annasaie meriwayatkan sabda Nabi SAW. "Sesiapa yang keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan pemerintah, mati ia seperti mati jahiliah".


Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya: "Dan sesiapa yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti matinya orang-orang jahiliah". Imam Al-Bazzar meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Mana-mana kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk menghinanya, maka Allah SWT akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari akhirat".

Antara pesanan terakhir Rasulullah SAW ketika Hijjatul Wada' seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Tirmizi dan lain-lain ialah hadis yang bermaksud: "Aku berpesan dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan taat kepada pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu". 
Hadis ini menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga. Ini bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan sebagainya. Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan oleh kegiatan penderhakaan atau "bid'atul khuruj" ini, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai "Kilabunnar" (anjing-anjing neraka).

Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami oleh beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya mencetuskan keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.

Berasaskan hakikat inilah Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan mengenai golongan ini menyatakan: "Golongan penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga sesiapa yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang mewarisi pemikiran ini dahulu dan kini".

Maka bertolak daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama Muslim, saya menyeru agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa juga bentuk sekalipun dalam sebarang tunjuk perasaan anti kerajaan. Kerana perbuatan demikian adalah sebahagian daripada tindakan derhaka dan membatalkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama mengharamkannya.
 
Kesannya seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh menjejas iman, memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah. Sayugia diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat dalam penganjuran, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut tersebut.

Ini diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud: "... dan sesiapa yang menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan menanggung dosa perbuatan tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti perbuatan tersebut selepasnya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa para pengikut tersebut".
Mereka juga akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap kesan yang terbit daripada perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang ramai.

Ahad, 1 Julai 2012

Dinar dan Dirham Kelantan ~ Silap di mana ??


dinar dirham kelantan
Dinar dan Dirham Kelantan Golden Trade
Dinar dan Dirham adalah mata wang Islam yang menggunakan emas dan perak sebagai mata wang bagi tujuan urusniaga dan penyimpanan nilai. Kemelut Dinar dan Dirham berlaku apabila Datuk Husam Musa selaku EXCO Kanan Kerajan Kelantan telah memperkenalkan mata wang Dinar dan Dirham sehingga mahu diperkenalkan sebagai mata wang alternatif dan kaedah pembayaran gaji staf kerajaan negeri Kelantan. Bagaimanapun kemelut demi kemelut berlaku. Hari ini Dinar dan Dirham telah ditolak oleh peniaga di Kota Bharu dan keseluruhan rakyat Kelantan. Mereka yang membeli untuk tujuan penyimpanan nilai pula mulai bising apabila setelah memegang beberapa tahun, nilai tukaran tunai Dinar Dirham menyebabkan mereka rugi. Di mana silapnya?

Antara kesilapan Dinar Dirham Kelantan Golden Trade ?
1) Dinar Dirham KGT diwujudkan bagi meuntungan syarikat Kelantan Golden Trade dan bukannya untuk menjayakan modul muamalah syariah. Syarikat KGT amat berkait rapat dengan Dato Husam Musa. Dalam satu pertemuan, bersama Nik Mahani Mohamad, bekas Pengarah Eksekutif KGT. Saya melontarkan beberapa soalan dan beliau mengiyakan penglibatan Datuk Husam Musa dan menyatakan bahawa matlamat KGT adalah bukan untuk menjayakan agenda Dinar Dirham sebagai mata wang syariah tetapi untuk meraih keuntungan melalui meneroka perniagaan produk-produk emas dan perak.
2) Tidak melibatkan para pakar kewangan khususnya dari OIC. Seharusnya satu Panel syariah Antarabangsa dari negara-negara Islam diwujudkan sewaktu merangka mata wang Dinar dan Dirham. Prinsip utama mata wang ialah diterima umum. Malangnya  tiada negara yang menerima Dinar dan Dirham KGT, malah peniaga di Kota Bharu juga menolak penggunaan Dinar dan Dirham KGT sebagai mata wang bagi transaksi perniagaan. Pengiktirafan negara-negara Islam amat penting dalam mempastikan mata wang Dinar dan Dirhm KGT diterima umum.

3) Nilai wang sesuatu wang syiling emas haruslah bersamaan dengan nilai mukanya. Dalam kes Dinar dan Dinar KGT, satu pembungkusan berlapik plastik (sealed) digunakan untuk mengelakkan nilai logam emas atau perak dikikis atau dikurangkan beratnya. Persoalannya, bagaimanakah pengguna dan peniaga boleh yakin bahawa ianya adalah logam emas atau perak dengan hanya melihat dari luar plastik. Jika sealed Dinar dan Dirham KGT didapati rosak atau terkoyak maka akan berlaku pengurang nilainya dengan kadar diskaun yang besar sehingga 40%. Kerajaan negeri Kelantan pula tidak pernah mewartakan bahawa nilai mata wang Dinar dan Dirham akan dipertanggungjawan oleh kerajaan Negeri atas segala ganti rugi dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

dinar kelantan  berhologram kgt
Dinar Kelantan Golden Trade




4) Pengeluaran mata wang Dinar dan Dirham seharusnya dikendalikan oleh Badan /atau Pertubuhan yang berkait rapat dengan Dunia Islam atau OIC. Persoalannya ialah ~ mengapakah Dinar dan Dirham dikeluarkan oleh Worlds Islamic Mint (WIM) yang diperbadankan di Belgium. Kononnya WIM memegang hak cipta dan patern Dinar dan Dirham negara Islam seluruh dunia. Setiap pengeluaran Dinar dan Dirham akan dikenakan caj sekitar 1% oleh WIM. Seolah-olah WIM adalah kuasa rasmi antarabangsa standard bagi Dinar dan Dirham sebagai mata wang Syariah. WIM seolah-seolah mengawal pengeluaran wang emas dan perak negara Islam termasuk syiling Kelantan Dinar & Dirham dari Kelantan Golden Trade. Siapa yang memberi hak kepada WIM?. Caj WIM akan menyebabkan nilai muka emas dan perak terpaksa dijual lebih mahal dari nilai logamnya.
Dirham Kelantan Golden Trade


hantaran dinar dirham kelantan
Dinar dan Dirham Sebagai Hantaran Perkahwinan
5) Persoalan yang besar ialah berapakah royalti yang dijelaskan oleh KGT kepada Kerajaan Kelantan sebagai bayaran balas menggunakan logo Kerajaan Kesultanan Kelantan pada Dinar dan Dirham KGT ? Bayaran royalti sebanyak 0.1-0.2% adalah memadai sebagai satu pendapatan hak eksklusif kepada kerajaan negeri Kelantan. Bagi penggunaan logo yang bukan berkaitan kerajaan negeri Kelantan seperti bunga Rafflesia, Wau dan sebagainya mungkin bayaran royalti tidak perlu dikenakan.
Mengapa masalah demi masalah muncul. Semua ini adalah kerana Kelantan Golden Trade berpeluang membina kekayaan daripada amanah dan hasrat rakyat Kelantan untuk melihat ekonomi Islam terbina di Kelantan. Bagaimanapun atas salah urus tadbir, rakyat pada hari ini rakyat telah menolak Dinar Dirham KGT.