Dinar dan Dirham Kelantan Golden Trade |
Dinar dan Dirham adalah mata wang Islam yang menggunakan emas dan perak sebagai mata wang bagi tujuan urusniaga dan penyimpanan nilai. Kemelut Dinar dan Dirham berlaku apabila Datuk Husam Musa selaku EXCO Kanan Kerajan Kelantan telah memperkenalkan mata wang Dinar dan Dirham sehingga mahu diperkenalkan sebagai mata wang alternatif dan kaedah pembayaran gaji staf kerajaan negeri Kelantan. Bagaimanapun kemelut demi kemelut berlaku. Hari ini Dinar dan Dirham telah ditolak oleh peniaga di Kota Bharu dan keseluruhan rakyat Kelantan. Mereka yang membeli untuk tujuan penyimpanan nilai pula mulai bising apabila setelah memegang beberapa tahun, nilai tukaran tunai Dinar Dirham menyebabkan mereka rugi. Di mana silapnya?
Antara kesilapan Dinar Dirham Kelantan Golden Trade ?
1) Dinar Dirham KGT diwujudkan bagi meuntungan syarikat Kelantan Golden Trade dan bukannya untuk menjayakan modul muamalah syariah. Syarikat KGT amat berkait rapat dengan Dato Husam Musa. Dalam satu pertemuan, bersama Nik Mahani Mohamad, bekas Pengarah Eksekutif KGT. Saya melontarkan beberapa soalan dan beliau mengiyakan penglibatan Datuk Husam Musa dan menyatakan bahawa matlamat KGT adalah bukan untuk menjayakan agenda Dinar Dirham sebagai mata wang syariah tetapi untuk meraih keuntungan melalui meneroka perniagaan produk-produk emas dan perak.
2)
Tidak melibatkan para pakar kewangan khususnya dari OIC. Seharusnya satu Panel syariah Antarabangsa dari negara-negara Islam diwujudkan sewaktu merangka
mata wang Dinar dan Dirham. Prinsip utama mata wang ialah diterima umum.
Malangnya tiada negara yang menerima Dinar dan Dirham KGT, malah peniaga di Kota Bharu juga menolak penggunaan Dinar dan Dirham KGT sebagai mata wang
bagi transaksi perniagaan. Pengiktirafan negara-negara Islam amat penting
dalam mempastikan mata wang Dinar dan Dirhm KGT diterima umum.
3) Nilai wang sesuatu wang syiling emas haruslah bersamaan dengan nilai mukanya. Dalam kes Dinar dan Dinar KGT, satu pembungkusan berlapik plastik (sealed) digunakan untuk mengelakkan nilai logam emas atau perak dikikis atau dikurangkan beratnya. Persoalannya, bagaimanakah pengguna dan peniaga boleh yakin bahawa ianya adalah logam emas atau perak dengan hanya melihat dari luar plastik. Jika sealed Dinar dan Dirham KGT didapati rosak atau terkoyak maka akan berlaku pengurang nilainya dengan kadar diskaun yang besar sehingga 40%. Kerajaan negeri Kelantan pula tidak pernah mewartakan bahawa nilai mata wang Dinar dan Dirham akan dipertanggungjawan oleh kerajaan Negeri atas segala ganti rugi dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

Dinar Kelantan Golden Trade |
Dirham Kelantan Golden Trade |
Dinar dan Dirham Sebagai Hantaran Perkahwinan |
Mengapa masalah demi masalah muncul. Semua ini adalah kerana Kelantan Golden Trade berpeluang membina kekayaan daripada amanah dan hasrat rakyat Kelantan untuk melihat ekonomi Islam terbina di Kelantan. Bagaimanapun atas salah urus tadbir, rakyat pada hari ini rakyat telah menolak Dinar Dirham KGT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan