Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah swt yang memberi kesempatan
kepada kita untuk hadir sekali lagi pada tahun 1433 Hijrah ini bagi
mendaftar diri di Universiti Tarbiah Ramadhan al-Mubarak. Ramai ummat
yang menanti-nantikan kehadiran Universiti Ramadhan bagi mendaftar di
dalamnya.
Apakah
Universiti Tarbiah Ramadhan? Universiti Tarbiah Ramadhan ialah satu institusi tarbiah yang menawarkan kursus Taqwa yang
difardhukan oleh Allah swt kepada umat Islam pada tahun ke-2
Hijrah.Kefardhuan puasa Ramadhan bermula dengan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah..
|
Dalil Wajib Puasa - "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa" |
Selain
dari kursus major, iaitu ijazah Taqwa yang dianugerahkan sendiri oleh
Allah swt. Selain itu, pakej Universiti Tarbiah Ramadhan juga
menyediakan kursus minor yang melibatkan ibadah sedekah, iktikaf, bacaan
al-quran, zikir, qiamullail dan sebagainya yang disediakan oleh Allah
swt.
Kelebihan
sedekah adalah satu kelebihan besar yang disediakan dalam Universiti
Ramadhan. Sedekah dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah swt dan
dalam Ramadhan ganjaran pahala ini lebih-lebih lagi digandakan oleh
Allah swt. Bertepatan dengan surah al-Munafiqun (ayat 10).
..dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”.. |
Tangan Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Menerima |
Jadilah
ummat yang di dunia mendapat limpahan pahala sedekah, di alam kubur
mendapat limpahan nikmat pahala sedekah, di mahsyar mendapat limpahan
nikmat pahala sedekah dan melepasi titian Sira Tal Mustaqim dengan
limpahan nikmat pahala sedekah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan