Isnin, 3 September 2012

KELANTAN ANAK EMAS KERAJAAN PERSEKUTUAN

Ramai yang beranggapan Kelantan adalah anak tiri kerajaan Persekutuan, khususnya dalam isu perbelanjaan menurus dan peruntukan pembangunan. Ramai yang menyogok tanggapan bahawa kerajaan Persekutuan mendera dan menghukum rakyat Kelantan kerana menolak Barisan Nasional. Ramai yang mencerca dan menfitnah Pemimpin Kesayangan Rakyat Kelantan iaitu YB Dato' Mustapa Mohamed dengan bermacam-macam gelaran dan tohmahan yang menuduh Dato Pa menghalang pembangunan Kelantan.
Pada tahun 2011, kutipan cukai langsung ialah sebanyak RM 362 Juta, manakala Jumlah Perbelanjaan Persekutuan ialah sebanyak RM 5648.5 Juta. Nisbah kutipan cukai dan perbelanjaan ialah sebanyak 1 : 15. Bermaksud kerajaan Persekutuan membelanjakan 15 kali gandalebih daripada kutipan. Ini adalah bukti bahawa Kelantan ialah anak emas kerajaan Pusat. Tidak ada pilih kasih atau penganiayaan kepada rakyat Kelantan, tetapi satu amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan keimanan dan ketakwaan.
Kutipan Cukai dan Perbelanjaan Persekutuan Di Kelantan (2006 – 2011)
Statistik dan Data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan MAMPU menunjukkan dengan jelas bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata. Kepada yang menuduh dan menfitnah, dinasihatkan supaya segera bertaubat.

Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Mengikut Kementerian dan Agensi Terpilih (2009-2011)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan