Sabtu, 2 Jun 2012

Motivasi Lonjakan Berganda Sekolah Pedalaman PPD Kuala Krai PMR 2012

IPG Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai menganjurkan Program Lonjakan Motivasi Berganda Sekolah Luar Bandar 2012 di SMK Mengkebang.

Menerima cenderahati dari Puan Hamidah Mokhtar, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Mengkebang
Perubahan bermula dari dalam diri sendiri.. Apabila kita berubah dunia akan berubah..
Semoga kita semua berjaya.. Insyaalah kejayaan milik kita.. Orang Kampung seperti kita BOLEH.. Orang Luar Bandar BOLEH.. Orang Pedalaman BOLEH.. Kuala Krai BOLEH..
Anak-anak dikepilkan sebelah ibu masing-masing. Ibu memeluk anak.. Anak memeluk ibu.. Kasih sayang teras kecemerlangan
Wajah keriangan seorang bapa yang anaknya skor 9A dalam PMR. Che Lah adalah seorang guru yang bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK Banggol Guchil.. Kata Che Lah ~ Petuanya ialah saya berkomunikasi dengan anak saya seperti seorang kawan. Saya berkawan dengan anak saya.
Che Muhammad Faisal Che Lah - UPSR 4A 1B sahaja.. Berjaya skor 9A dalam PMR. Syabas. Saya hadiahkan sebuah lampu belajar sebagai suatu dorongan agar terus mencipta kejayaan yang lebih besar dalam SPM.
Berkongsi rahsia kejayaan. UPSR saya hanya 3A 2B. Tetapi saya tekad untuk capai terbaik dalam PMR. Alhamdulillah, saya capai 9A. Terima kasih ibu dan ayah. Amat bangga apabila slip PMR 9A terpampang di Skrin Dewan. Berkongsi rahsia kejayaan dengan Pelajar 9A. Bersama pelajar, ibu dan bapa pelajar cemerlang. Kegembiraan di wajah tak dapat disembunyikan. Air mata mengalir kegembiraan.
Hj Zohari Muda - Pensyarah Cemerlang Sains DG54 mengendalikan Motivasi Lonjakan Berganda Sains PMR.
Mr Gan Teck Hock - Pensyarah Cemerlang Matematik DG54 mengendalikan Motivasi Lonjakan Berganda Matematik PMR.
Dr Ahmad Sabry Othman - Pensyarah Kanan IPG Kampus Kota Bharu sedang mengendalikan English Workshop ~ Learning English is Fun.
Para peserta khusyuk mendengar dan meneliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan