Sabtu, 2 Jun 2012

Transformasi Si Helang


Berkongsi sebuah cerita perubahan.
Alllah mencipta setiap perkara bagi manfaat manusia. Helang adalah burung liar yang unik dengan kehebatan ketajaman mata dan kekuatan sayap. Seekor burung helang mampu menangkap sekor ikan di dalam air dan menerbangkan seekor kambing yang beratnya 10 kali ganda dari badannya dari lereng bukit ke puncak gunung.

Burung helang adalah antara burung yang paling panjang umurnya iaitu 70-75 tahun. Bagaimanapun bagi setiap ekor burung helang, mereka mempunyai situasai paling kritikal dalam hidup sewaktu berumur 40 tahun, Ianya kerana paruhnya melengkung ke dalam, kukunya juga mencengkung ke dalam dan bulunya dah tak mampu menerbangkannya dengan baik.
Dalam situasi kritikal ini setiap ekor burung helang mempunyai dua pilihan iaitu menunggu kematian atau transform diri. Setiap ekor burung helang akan membuat pilihan kedua iaitu transform dirinya dengan terbang dan bersendirian tanpa makan selama 5 bulan di puncak gunung yang paling tinggi. Di sama burung helang akan memecahkan paruhnya dan juga kukunya hingga keluarlah parung dan kuku yang baru. Dengan paruh dan kuku yang baru, burung helang akan mencabut buku-bulunya yang lama dan keluarlah bulu-bulu yang baru. Proses ini memakan masa selama 150 hari, Setelah itu burung helang akan menjadi seekor burung helang yang lebih cantik dan lebih gagah terbang di awam biru, Mereka akan meneruskan hidup sehingga 30-35 tahun sebelum menemui Allah swt.

Sahutlah cabaran berubah. Berubah adalah satu kebijaksanaan yang menjanjikan kemenangan, kejayaan dan kebahagiaan ~ Hj MNM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan