Ahad, 3 Jun 2012

Tunku Abdul Rahman ~ Seorang Tokoh Islam


Tunku Abdul Rahman ~ Seorang Tokoh Islam
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj adalah tokoh besar Islam Malaysia, Selain jasa terbesar dalam sejarah iaitu membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan kemudiannya membentuk Malaysia. Tunku juga adalah tokoh Islam besar dalam sejarah Malaysia. Tunku bukan sahaja digelar 'Bapa Merdeka', tetapi juga digelar 'Bapa PERKIM'.  'PERKIM' - 'Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia' - telah ditubuhkan di rumah rasmi Tunku - rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960. Pada hari itu, Tunku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Islam yang berminat, dengan tujuan hendak menubuhkan sebuah badan yang akan berusaha mengembangkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya). YTM Tunku telah menyerahkan sekeping cek bernilai dua puluh ribu ringgit sebagai sumbangan pelancaran PERKIM. YTM Tunku telah membawa laporan penubuhan PERKIM kepada Majlis-Majlis Raja-Raja dan telah mendapat restu daripada Duli-Duli Sultan dan kerajaan negeri. Antara tokoh awal membantu PERKIM ialah Tuan Haji Ibrahim T.Y. Ma, bekas konsul Cina di Malaya.
Antara Sahabat Yang Disyahadah Tunku Abdul Rahman
Antara tokoh besar yang disyahadah YTM Tunku ialah Ketua Menteri Singapura kedua iaitu Tun Omar Lim Yew Hock, Ketua Menteri Sabah iaitu Tun Fuad Stephens dan Menteri Pengangkutan / Speaker Dewan Rakyat Tun Omar Ong Yoke Lin. Antara tokoh Perkim ialah Dr Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Muhammad Farhan Al-Hafiz, Puan Sofia Yeong Mei Foong dan Masyitah Choon. Mereka melafazkan syahadah dan PERKIM menjadi saksi.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj juga merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa pada tahun 1961. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian. Johan Qari kali pertama ialah Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau dari Malaysia. Tahun 2011 Majlis Tilawah Al-Quran telah berjaya menarik penyertaan dari 50 buah negara.
Tilawah Al Quran Antarabangsa Mencetus Minat Dunia Terhadap Islam

Atas jasa-jasa Tunku dalam menyebarluas syiar Islam maka amatlah wajar YTM Tunku dinobatkan sebagai Tokoh Islam Malaysia,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan